Zidane Iqbal
Zidane Iqbal

Zidane Iqbal

Zidane Aamar Iqbal (Arab: زيدان عمار إقبالcode: ar is deprecated , Urdu: زیدان عامر اقبال‎; lahir 27 April 2003) ialah pemain bola sepak profesional yang bermain sebagai tengah pusat bagi kelab Eredivisie FC Utrecht. Iqbal dilahirkan di Manchester, England, dia bermain bagi pasukan kebangsaan Iraq.Iqbal telah menyertai akademi pendidikan bola belia Manchester United semenjak usianya memijak sembilan tahun. Dia membuat penampilan perdana pasukan semasa perlawanan Liga Juara-Juara UEFA bersama kelab senior Manchester United pada Disember 2021. Iqbal menyertai jemputan Iraq di peringkat bawah 23 tahun sebelum membuat penampilan perdana antarabangsa seniornya pada Januari 2022. Ia memulakan penampilan pertama di Piala Asia AFC 2023 pada 15 Januari 2024 dalam perlawanan menentang Indonesia.